my sOuL

my sOuL

Tuesday, 26 March 2013

Novelis > SiTi NuR dHuHa - TERBAEEKK...


29/11/2012  @ 6.30pm

Kali ini NY nak share dengan semua tentang novelis bernama > "@"SITI NUR DHUHA...
NY memang minat membaca novel sejak dari sekolah menengah lagi, biasalah org yang kuat berangan memang suka membaca novel terutama novel-novel chenta... ( wahhh gituuu )
Kalau dulu masa zaman remaja, zaman budak hingusan akan baca apa sahaja novel-novel chenta tidak pernah mengira siapa pengarangnya, popular ke tak itu tak jadi hal, janji ada bahan bacaan yang boleh buat tersenyum atau kekadang menangis sorang-sorang.

Tapi biler dah meningkat "lagi" remaja ini ( even umur pun dah masuk separuh abad), dan pabila duit sendiri sudah berada di kocek ini, maka barulah reti nak mengenali rupa dan latar belakang "seseorang novelis".
Dalam ramai-ramai novelis kini, NY sangat2x meminati Novelis yg bernama > SiTi NuR dHuHa..
Sebab....>> SiTi NuR dHuHa ini,  NY kategorikan seorang novelis yang mempunyai sifat "Kelakar", "Penceria" , "Penyedih" dan dalam erti kata lain " Suka berangan orangnya" (maklum lah nak hasilkan sesebuah penceritaan yang hebat dan berkesan dihati pembaca mestilah kena kuat berangan, kalau tak mcm maner nak dapatkan feel menulis iye tak? )

Kalau anda pernah membaca hasil penulisan beliau, pasti anda dapat rasanya apa yang NY rasakan setiap kali mengadap novel-novel yang diterbitkannya. Dalam ketawa ada linangan air mata, dalam kesedihan ada terselit keceriaan, dalam dendam ada tersimpan sinar kebahagiaan yang pasti dipengakhirannya.
So... maybe SiTi NuR dHuHa  masih baru dalam bidang penulisannya ini,  jadi hasil karya beliau tidaklah sebanyak novelis yang lain yang sememangnya popular dari beliau seperti "@"Fauziah Ashari, "@"Sharifah Abu Salem , "@"Sabariah Araur , "@"Siti Rosmizah ,  "@"Damya Hanna , "Ma Lee Cuswan@" dan ramai lagi.

Didalam entri NY kali ini, NY akan perkenalkan pemilik nama "@"SITI NUR DHUHA ini dan hasil-hasil karya beliau yang telah NY ikuti sejak terbitan pertama hingga kini...



Okey.. inilah Novelis yang sangat-sangat NY minati sekarang ini...
Hasil penulisan beliau nie memang boleh buat NY mengalirkan air mata tanpa di pinta / disengajakan. 
Tak kira dalam apa jua jalan penceritaan yang dihasilkan beliau, NY memang "layan giler" novel beliau ini...
Tak caya try baca... Mesti tak rasa rugi beli...




Ini antara koleksi buah tangan dari novelis kesukaan NY nie..
Kalau nak tahu, even tak banyak lagi novel yang dihasilkan oleh beliau, tapi........... kesemuanya best-best belaka..
Meh.. NY huraikan penceritaan setiap novel-novel yang diatas ^_^





Jalan Ceritanya.. :

Hadirnya dirimu...ku bagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi..."

Kehadiran Khuzairi dalam hidup Mimi Atia telah mencabar kesabarannya sebagai seorang wanita. Khuzairi telah mengugut Mimi Atia untuk tinggal di rumahnya di atas sebab-sebab tertentu. Mimi Atia tidak bersetuju kerana Khuzairi bukanlah muhrimnya, namun Mimi Atia tidak mempunyai pilihan kerana ancaman daripada Khuzairi.

Tercetuslah 
pergaduhan demi pergaduhan di antara Mimi Atia dan Khuzairi. Tanpa Mimi Atia sedari, telah tercetus perasaan kasih dan cintanya kepada Khuzairi. Hari demi hari perasaan itu semakin bercambah dan Mimi Atia semakin terseksa kerana Mimi Atia menyedari bahawa dia bertepuk sebelah tangan. 

Tengku Ezairy hadir menghulurkan kasih kepada Mimi Atia. Mimi Atia tersepit antara kasihnya kepada Khuzairi dan simpatinya pada Tengku Ezairy. Namun Mimi Atia hampa kerana Khuzairi seorang lelaki yang memilih darjat dan keturunan. Dapatkah kisah Mimi Atia dan Khuzairi berakhir dengan cinta?



Komen NY :

Dari awal jalan cerita  "AKHIR SEBUAH CINTA" ini, memang banyak sangat perkara yang mencuit hati NY dengan sikap Mimi Atie yang kalut dalam melayan karenah Khuzairi yang hadir dalam kehidupan Mimi Atie yang secara mengejut itu. Tapi yang bestnya... Mimi Atie tetap melayan walaupun terpaksa beperang dengan perasan sendiri yang tidak berkesudahan itu..

Tambah menyakitkan hati apabila Khuzairi membuat Mimi Atie seolah-olah orang asing didalam rumahnya sendiri walaupun adakalanya terdetik dalam hati Khuzairi akan kecomelan Mimi Atie pada pandangan matanya.. (hehehe..  geram dan lawak tau dengan sikap si khuzairi nie )

Dipertengahan novel ini, hati menjadi makin panas dengan sikap "bendul" Mimi Atie dalam melayari permasalahan yang di hadapinya dengan Khuzairi... Beliau menjadi semakin tidak berpendirian apabila membiarkan Si Khuzairi bermaharajalela menguasi kehidupan Mimi Atie itu.. ( Eeee.. geramnyeee NY baca novel nie, tapi... Bestttttttttttt..!!! memang terbaekk lah )
Yang makin geram bila Mimi Atie sendiri memberi ruang cinta dalam hatinya untuk Khuzairi yang berperangai macam SETAN tue... haishh.. geram lah... Memang U olzz.. kena beli lah novel nie... 

So nak tahu kesudahanya... Belilah "AKHIR SEBUAH CINTA" dari novelis "@"SITI NUR DHUHA...






Jalan Ceritanya...


"Tiada yang aku harapkan dalam hidup ini melainkan hanya ingin bersama sehingga ke akhir hayat..."

‘Hingga Ke Akhirnya’ adalah kesinambungan dari novel pertama yang bertajuk ‘Akhir Sebuah Cinta.’ 
Novel ini meneroka kisah seterusnya yang berlaku di dalam kehidupan Tengku Khuzairi dan Mimi Atia setelah mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri. 

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Lalu Mimi Atia berusaha membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan tersebut. Tengku Khuzairi tidak lagi berperangai seperti dahulu sebaliknya menjadi suami yang penyayang dan sangat romantik.

Sehingga sikap Tengku Khuzairi itu membuatkan Mimi Atia tidak selesa dengannya. Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi. Malah, lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah berasa sangat kecewa dan nekad untuk menghapuskan Tengku Khuzairi dan Mimi Atia. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


                                                              Komen NY :

Bila NY baca novel ini ada part sedih keterlaluan dan ada juga part lucu yang juga keterlaluan.. Pendek kata  penulisan SiTi NuR dHuHa dalam "Hingga ke akhirnya" ini penuh dengan warna warni kehidupan seharian yang mungkin ada berlaku dalam kehidupan kita juga. Senang cerita, anda beli anda tahu kelebihan Novelis Muda ini.



Jalan Ceritanya... :


"Izinkan aku memejamkan mata, untuk bermimpi membina sebuah kehidupan bersamamu..."

Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya.
 

Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina rupa paras, kekurangan dan kerjaya Syahiman
 
yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. 

Kini dia adalahseorang lelaki tampan dan hidup mewah. Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman. Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolak Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap
insan yang mengecewakannya.



Komen NY... :

Boringnyeeeeeeeeee.. hehehehe sori yea SiTi NuR dHuHa...
Kelakar tue memang lah kelakar novel nie tapi tak kena ngan jiwa NY.. hehehee






Jalan Ceritanya... :


"Saya sanggup selagi saya mampu dan permintaan awak tu tak keterlaluan. Saya tahu saya bukan orang yang awak cintai. Saya tahu awak setuju untuk bersama saya kerana wang. Tapi saya tak kisah semua tu, yang paling penting saya dapat bersama orang yang saya sayangi. Orang yang mampu membahagiakan saya. Orang yang mampu membuatkkan saya ingin hidup beratus-ratus tahun lagi." - Ku Afnan Zakirin


Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu. Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya



Komen NY... :

Masa Mula-mula member NY suggest suruh baca Novel Sengal Gile nie, NY pun memang teruja memandangkan Tajuk dan Colour Kulit Novel nie ala-ala kanak2x ribena gituuuuuuu... 
Pabila bab pertama telah ku selak dan baca, ianya seolah-olah jalan cerita dalam slot akasea di TV3 tueee...
Ala.. jalan cerita org-org korporat tue yang ade harta peninggalan pastu masuk pulak konflik kekeluarga ala-ala ketidakpuasan hati tentang penerimaan harta.. 

Bila masuk bab ke-2 dan ke-3 dengan kemunculan watak seorang gadis terbuang yg miskin lagi comot, maka bermula lah kesengalan jalan cerita pada novel ini..
Percaya atau tidak NY siap boleh gelak guling2x lagi biler baca kisah sengal minat bernama Nurul yang ada hati nak jadi pisau cukur yg berhemat kepada lelaki2x kaya sedangkan tiada apa-apa kelebihan pada wajah beliau tue seperti yang digambarkan Penulis... kikikiii...

Novel nie memang SENGAL GABAN..!!!  Dan ada juga sifat2x murni sesama insan walaupun tidak mempunyai pertalian darah daging yang sebenar. Namun ada juga kisah yang menyanyat hati apabila melibatkan kekejaman  tanpa kewarasan dari hati seorang lelaki yang budiman seperti Ku Afnan.
Dan kebiasaannya, lelaki yang baik terpaksa mengalah dengan keadaan dan akhirnya berputih mata.. huhuhuuu

Tetapi kedapa penggemar Novel, NY memang suggest sesangatlah kalian mendapatkan Novel ini dan jangan lupa kesinabungan novel ini yang bertajuk >> "My Love PlayGirl".. Pehh.. novel nie pun sengal gakk..

Tahniah lah Kpd Novelis > SiTi Nur DhUHA utk penceritaan novel yang sengal ini.. 
I loikeeeeeeeeeeeeeeeee....





















Wednesday, 21 November 2012

1001 TIP

Salam...
Errmm... Kali ini NY nak share pelbagai "Tip-Tip" yang berguna untuk diamalkan dalam kehidupan sehari-harian  kita. Tip yang NY nak share disini telah dikaji "kesahihannya" dari orang-orang yang terkenal spt: Ustaz Don Danieal, Ustaz Azhar Idrus, Ustazah Siti Nor Bahyah, Pakar-pakar Kecantikkan, Unit Kaunseling Kesejahteraan Bahagian Pengurusan Psikologi.
Dalam Entry ini, NY tidak hanya memaparkan pada kebaikkan sesuatu yang khusus sahaja, tetapi untuk keseluruhannya.
Jadi... apa lagi... meh jengah sikit Tip2x NY kali nie....
Selamat beramal...

TIP-TIP KECANTIKKAN / PENJAGAAN DIRI /

1 - TiP mEnCeGaH kErOsAkKaN rAMbUt

:) Sekiranya anda mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus, apa kata kamu menggunakan perapi dan syampu secara berasingan. Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang diperlukan.

:) Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dengan satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.

  

:) Pilih perapi yang mengandungi protien ( "marine @ hydrolyzed wheat" ) keratin dan "silk". Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dandanan.



:) Jangan menggeringkan rambut dengan mengosok-gosokkan rambut pada tuala. Gosokkan ini akan menjadikan kutikel rambut kasar dan mengakibatkan rambut sukar disikat.

  

:) Lakukan rawatan "deep conditioning" seminggu sekali. Gunakan masker rambut yang mengandungi protein atau "panthenol" yang boleh berfungsi untuk menyubur dan menguatkan rambut. Jika anda berambut nipis, anda boleh menyapu masker rambut sebelum rambut disyampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.

  

:) Gunakan produk dengan perlindungan "themal" atau "silikon".
Cara ini akan menghasilkan lapisan di antara kepanasan alat pengering dan mencegah kerosakkan rambut.

:) Rambut kurang menyerap klorin atau air masin jika membasahkan rambut dengan air biasa sebelum berenang.

:) Kurangkan pemakaian "mousse" atau gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.

 


2 - TiPs KeSihAtAn



















TIP-TIP








KEKELUARGAAN / PERSAUDARAAN  / PERSEKITARAN


1- TiP kElUaRgA BaHaGiA

> Doa Yang Berterusan

> Cari Masa Berkomukasi Dengan Pasangan

> Murah Dengan Sentuhan Dan Pujian Dengan Pasangan

> Mencari kebaikkan Pasangan

> Lebih Banyak Memberi Dari Menerima

> Banyakkan Bergurau Dan Bermesra

> Sentiasa Bermaafan Sebelum Tidur

> Terimalah Pasangan Anda Dengan Redha dan Bersyukur

> Sentiasa Kenangkan Jasa Pasangan Dan Lupakan Keburukkan Pasangan.

> Sentiasa Memaafkan Pasangan.



TIP KEBAIKKAN / KEAGAMAAN

2 - TiP-tiP mUrAh ReZeKi



3 - TiP-tIp MuDaH bAnGun TaHjUd






4 -  TiP uNtUk mEmElIHaRa AqIdAh

<  Memelihara majlis Ilmu  >

<  Jauhi Maksiat  >

<  Melaksanakan suruhan ALLAH seperti solat, puasa, zakat, berzikir sebanyak-banyaknya, beristighfar setiap masa dan lain-lain  >

<  Membaca dan memahami AL-Quran  >

<  Membaca buku-buku atau majalah-majalah yang menambah iman dan taqwa  >

<  Jangan berkawan denga orang yang lalai dan sesat  >

<  Menziarahi orang -orang soleh  >

<  Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

<  Bertahajjud  >

<  Berfikir dengan ciptaan ALLAH, Kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat (supaya kita sentiasa ingat akan mati dan hukum ALLAH )  >

<  Mewujudkan suasana iman dan taqwa dalam rumahtangga  >

<  Mengamalkan doa-doa pagi dan petang. Contohnya: Ma'thurat  >

<  Mengamalkan nasihat-menasihati kpd keimanan dan ketakqwaan>



5 - TiPS cArA uNtUk KhUSyUk DaLaM bErDoA...



6 - TiPs SenAnG hAtI

:-) Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH.

:-) Latih hati sentiasa ingat, ALLAH memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.

:-)  Latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak terlalu  mengharapkan manusia.

:-)  Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH.

:-) Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH.


7 - TiPs / CaRa uBaTi KeSeDiHaN

* Terima  kenyataan apa yang berlaku dengan redha.

* Berfikir hikmah di sebalik kejadian tersebut.

* Luahkan apa yang terpendam kepada orang yang dipercayai.

* Beri tumpuan kepada hidup anda. Rancang masa depan.

* Lakukan aktiviti yang menggembirakan anda.

* Bercuti untuk tenangkan fikiran.

*  Eratkan hubungan kekeluargaan agar anda sentiasa rasa dihargai.

* Berusaha menjadi lebih baik dan mencapai impian.

* Berdoa kepada ALLAH agar anda menjadi insan cemerlang dan bahagia.



8 - TiPs MeNjAdI pEkErJa YAng DiSaYaNgI

@  ELAK BERSIKAP SOMBONG
> Orang boleh melihat sikap negatif itu melalui pertuturan, pandangan mata dan juga bahasa tubuh anda. Jadilah seorang yang merendah diri agar sentiasa dihormati.



@  SENYUM
> Senyum itu kan sedekah, jadi rajin-rajinlah lemparkan senyuman manis anda kepada orang sekeliling anda.

@  IKHLAS
>  Tunjukkan keikhlasan anda dalam pergaulan sehari-harian supaya mereka yang disekeliling anda sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan anda.



@  BERSIKAP TERBUKA
>  Walaupun anda mempunyai pendapat tersendiri, dan tidak salah untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain juga.


@  SOROK HAL PERIBADI

@  PENDENGAR YANG PERIHATIN
>  Apabila berbual dengan teman-teman sepejabat, jangan pula anda memotong percakapan mereka. Pastikan semua mendapat ruang yang seimbang untuk melontarkan pendapat.


@ JAGA PERTUTURAN

@ BERIKAN PENGHARGAAN


@  JANGAN MEMINGGIR DIRI
>  Anda mungkin seorang yang tidak gemar bersosial, setidaknya senyum atau bertegur sapa walau sekadar berkata "hai". Selain itu, ada baiknya jika anda tidak menolak kesemua undangan yang datang. Sesekali penuhi undangan bagi mengeratkan lagi silaturahim.


@  BERKEYAKINAN
>  Tanamkan sifat percaya pada diri sendiri ketika bergaul. Kebanyakkan yang suka berkawan dan disenangi mempunyai elemen ini dalam diri mereka. Tidak mustahil anda akan dikelilingi teman yang rapat di pejabat.
























Tuesday, 23 October 2012

Release Tension kat Tengah-tengah KL...??

Sabtu, 21hb Oct 2012
Pagi-pagi lagi aku, En Hubby dan anakanda tersyg dah keluar rumah untuk berlibur lara... Maklum lah.. asyik kerja jer memanjang dan setelah hampir 2 bulan kami ber3 tidak keluar mkn angin bersama, So Sabtu lepas masa utk kami ber3 anak-beranak balas dendam..
Keluar dari kepompong kebosanan di rumah...!!! Kalau ikutkan  kat KL nie memang sesak dan padat dengan banggunan yg hampir mencecah langit..! (Eh.. iye ker bley cecah langit? menipu jerk kan... hahaha )
Jalan pulak sesak dengan kenderaan yg bukan skit2x kenderaan.. Tapi nak buat mcm maner Kl tue jer tempat yg paling dekat N mudah nak dituju. Kalau pergi release tention kat pulau2x atau di hutan rasa mcm tak berbaloi lak maklumlah sekarang kan musim "Hujan" pagi dan petang.. So Kalau berada area KL hujan lebat mcm maner pun hajat nak beriadah tetap "kesampaian"
So kami deside nak beriadah di "TAMAN RAMA-RAMA" jerk.. okey lah tue kan.. kalau hujan pun atleast berbumbung.. Tempatnye pun okey jugak, tak sesak...

Kami punye tiket utk 3 beranak cuma RM25 jer dan harga makanan utk Ikan pulak RM5. Total RM30. (okey lah tue, kalau pergi bercuti jauh2x dan bayar lak beratus tapi tak enjoy sebab cuaca tak bagus pun tak guna juga kan.. hehehe.. ). So jom kitew jengok sesamer keadaan Taman Buatan untuk kehidupan Flora+Fauna yg berada di tengah-tengah bandaraya yang sedang pesat membangun di dalam ini negara...



Ini lah wajah anakanda kesygan NY pabila mula-mula menjejak kaki di dalam TAMAN RAMA-RAMA ini.... (buat muka boring lak, sudahnya dia yang tak nak balik.. haha.. )



Segar jerk mata bila tengok tumbuh-tumbuhan di keliling taman ini...



Nyaman jer.. rasa macam bertuah jer hidupan bernama "rama-rama"  dapat hidup di persekitaran flora-flora yang indah dengan pelbagai warna mcm nie...



Ini sebahagian drpd sudut-sudut yang mendamaikan pemandangan dlm ini TAMAN...
(Patut lah cik rama-rama berterbangan dengan gumbira kesana-kesini)



View susur air curahan dari celah-celah batu yang sejuk.. nyaman jer..



View nie paling NY sukew...  Tenang... Nyaman...
Ishh.. memang best lahhh...


Best kann....??  Kalau tgh majok ngan En Hubby, memang sesuai kalau bawak diri dok kat depan view macam nie... ( berangannnn )


Ini En Ikan yang sgt lapar.. nasib baik masa daftar masuk sy dah beli awal2x makanan ikan2x yg kiut-miut nieee...





Kalau lah pepagi biler NY buka tingkap N terus tgk view mcm nie kan seronokk.... huarrr... ^_^


Errmm... no word to say... 


Rama-rama kat sini jinak2x belaka...
I likeeeeeeeeeeeee..


Rama-rama lagiiiii...

Cantik kan colour beliau niee...


Cuba lihat, sebenarnya ada 2 ekor Rama-rama yg different colour n Age... ( ngeh3x.. )


Ini bukan kumbang menghisap madu tapi Rama-rama menghidap maduuuuuuuuuu.. (Wallaaaaa... )


Isshhh... tak penat ker Cik Rerama nie berdiri cenggitu... tak gerak2x lak tue...


Seduttttttttttt maduuuuuuuuuuu...

Tak tahu ape nama bunga nie.. Kawan sy kata namanya: "Bunga Serombong pagi". Tapi I likeeeee the colour...


Ini bunga lembayung senja...

Spesis nie memang menggerunkan skit, rupanye pun ala2x anak raksasa air... (Huaaarrhhh.. )

Ini adik-beradik kumbang gergasi kat hutan Amazon..



Eeee.... geli nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
 (Kawan sy kata bile tgk pic nie) Gedik kan...??


Pepijat terqouise..

Ini My En Hubby N My lovely Son...

Can u See Me.........?????

Me n My lovely Son..

NY sedang ajar anak berkasih-syg dgn hidupan lain.

Weekk.. ( aksi dah penat.. kalori dah byk yg terbakar dalam masa 1/2 hari nie..)

So kalau nak pergi bersiar-siar di musim hujan mcm skarang nie, tak yah lah membazir duit pergi ke mana2x pulau atau pantai yea. Membazir jerkk... Pergi tempat Riadah ditengah-tengah KL lagi best.