my sOuL

my sOuL

Tuesday 26 March 2013

Novelis > SiTi NuR dHuHa - TERBAEEKK...


29/11/2012  @ 6.30pm

Kali ini NY nak share dengan semua tentang novelis bernama > "@"SITI NUR DHUHA...
NY memang minat membaca novel sejak dari sekolah menengah lagi, biasalah org yang kuat berangan memang suka membaca novel terutama novel-novel chenta... ( wahhh gituuu )
Kalau dulu masa zaman remaja, zaman budak hingusan akan baca apa sahaja novel-novel chenta tidak pernah mengira siapa pengarangnya, popular ke tak itu tak jadi hal, janji ada bahan bacaan yang boleh buat tersenyum atau kekadang menangis sorang-sorang.

Tapi biler dah meningkat "lagi" remaja ini ( even umur pun dah masuk separuh abad), dan pabila duit sendiri sudah berada di kocek ini, maka barulah reti nak mengenali rupa dan latar belakang "seseorang novelis".
Dalam ramai-ramai novelis kini, NY sangat2x meminati Novelis yg bernama > SiTi NuR dHuHa..
Sebab....>> SiTi NuR dHuHa ini,  NY kategorikan seorang novelis yang mempunyai sifat "Kelakar", "Penceria" , "Penyedih" dan dalam erti kata lain " Suka berangan orangnya" (maklum lah nak hasilkan sesebuah penceritaan yang hebat dan berkesan dihati pembaca mestilah kena kuat berangan, kalau tak mcm maner nak dapatkan feel menulis iye tak? )

Kalau anda pernah membaca hasil penulisan beliau, pasti anda dapat rasanya apa yang NY rasakan setiap kali mengadap novel-novel yang diterbitkannya. Dalam ketawa ada linangan air mata, dalam kesedihan ada terselit keceriaan, dalam dendam ada tersimpan sinar kebahagiaan yang pasti dipengakhirannya.
So... maybe SiTi NuR dHuHa  masih baru dalam bidang penulisannya ini,  jadi hasil karya beliau tidaklah sebanyak novelis yang lain yang sememangnya popular dari beliau seperti "@"Fauziah Ashari, "@"Sharifah Abu Salem , "@"Sabariah Araur , "@"Siti Rosmizah ,  "@"Damya Hanna , "Ma Lee Cuswan@" dan ramai lagi.

Didalam entri NY kali ini, NY akan perkenalkan pemilik nama "@"SITI NUR DHUHA ini dan hasil-hasil karya beliau yang telah NY ikuti sejak terbitan pertama hingga kini...



Okey.. inilah Novelis yang sangat-sangat NY minati sekarang ini...
Hasil penulisan beliau nie memang boleh buat NY mengalirkan air mata tanpa di pinta / disengajakan. 
Tak kira dalam apa jua jalan penceritaan yang dihasilkan beliau, NY memang "layan giler" novel beliau ini...
Tak caya try baca... Mesti tak rasa rugi beli...




Ini antara koleksi buah tangan dari novelis kesukaan NY nie..
Kalau nak tahu, even tak banyak lagi novel yang dihasilkan oleh beliau, tapi........... kesemuanya best-best belaka..
Meh.. NY huraikan penceritaan setiap novel-novel yang diatas ^_^





Jalan Ceritanya.. :

Hadirnya dirimu...ku bagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi..."

Kehadiran Khuzairi dalam hidup Mimi Atia telah mencabar kesabarannya sebagai seorang wanita. Khuzairi telah mengugut Mimi Atia untuk tinggal di rumahnya di atas sebab-sebab tertentu. Mimi Atia tidak bersetuju kerana Khuzairi bukanlah muhrimnya, namun Mimi Atia tidak mempunyai pilihan kerana ancaman daripada Khuzairi.

Tercetuslah 
pergaduhan demi pergaduhan di antara Mimi Atia dan Khuzairi. Tanpa Mimi Atia sedari, telah tercetus perasaan kasih dan cintanya kepada Khuzairi. Hari demi hari perasaan itu semakin bercambah dan Mimi Atia semakin terseksa kerana Mimi Atia menyedari bahawa dia bertepuk sebelah tangan. 

Tengku Ezairy hadir menghulurkan kasih kepada Mimi Atia. Mimi Atia tersepit antara kasihnya kepada Khuzairi dan simpatinya pada Tengku Ezairy. Namun Mimi Atia hampa kerana Khuzairi seorang lelaki yang memilih darjat dan keturunan. Dapatkah kisah Mimi Atia dan Khuzairi berakhir dengan cinta?



Komen NY :

Dari awal jalan cerita  "AKHIR SEBUAH CINTA" ini, memang banyak sangat perkara yang mencuit hati NY dengan sikap Mimi Atie yang kalut dalam melayan karenah Khuzairi yang hadir dalam kehidupan Mimi Atie yang secara mengejut itu. Tapi yang bestnya... Mimi Atie tetap melayan walaupun terpaksa beperang dengan perasan sendiri yang tidak berkesudahan itu..

Tambah menyakitkan hati apabila Khuzairi membuat Mimi Atie seolah-olah orang asing didalam rumahnya sendiri walaupun adakalanya terdetik dalam hati Khuzairi akan kecomelan Mimi Atie pada pandangan matanya.. (hehehe..  geram dan lawak tau dengan sikap si khuzairi nie )

Dipertengahan novel ini, hati menjadi makin panas dengan sikap "bendul" Mimi Atie dalam melayari permasalahan yang di hadapinya dengan Khuzairi... Beliau menjadi semakin tidak berpendirian apabila membiarkan Si Khuzairi bermaharajalela menguasi kehidupan Mimi Atie itu.. ( Eeee.. geramnyeee NY baca novel nie, tapi... Bestttttttttttt..!!! memang terbaekk lah )
Yang makin geram bila Mimi Atie sendiri memberi ruang cinta dalam hatinya untuk Khuzairi yang berperangai macam SETAN tue... haishh.. geram lah... Memang U olzz.. kena beli lah novel nie... 

So nak tahu kesudahanya... Belilah "AKHIR SEBUAH CINTA" dari novelis "@"SITI NUR DHUHA...






Jalan Ceritanya...


"Tiada yang aku harapkan dalam hidup ini melainkan hanya ingin bersama sehingga ke akhir hayat..."

‘Hingga Ke Akhirnya’ adalah kesinambungan dari novel pertama yang bertajuk ‘Akhir Sebuah Cinta.’ 
Novel ini meneroka kisah seterusnya yang berlaku di dalam kehidupan Tengku Khuzairi dan Mimi Atia setelah mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri. 

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Lalu Mimi Atia berusaha membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan tersebut. Tengku Khuzairi tidak lagi berperangai seperti dahulu sebaliknya menjadi suami yang penyayang dan sangat romantik.

Sehingga sikap Tengku Khuzairi itu membuatkan Mimi Atia tidak selesa dengannya. Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi. Malah, lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah berasa sangat kecewa dan nekad untuk menghapuskan Tengku Khuzairi dan Mimi Atia. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


                                                              Komen NY :

Bila NY baca novel ini ada part sedih keterlaluan dan ada juga part lucu yang juga keterlaluan.. Pendek kata  penulisan SiTi NuR dHuHa dalam "Hingga ke akhirnya" ini penuh dengan warna warni kehidupan seharian yang mungkin ada berlaku dalam kehidupan kita juga. Senang cerita, anda beli anda tahu kelebihan Novelis Muda ini.



Jalan Ceritanya... :


"Izinkan aku memejamkan mata, untuk bermimpi membina sebuah kehidupan bersamamu..."

Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya.
 

Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina rupa paras, kekurangan dan kerjaya Syahiman
 
yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. 

Kini dia adalahseorang lelaki tampan dan hidup mewah. Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman. Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolak Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap
insan yang mengecewakannya.



Komen NY... :

Boringnyeeeeeeeeee.. hehehehe sori yea SiTi NuR dHuHa...
Kelakar tue memang lah kelakar novel nie tapi tak kena ngan jiwa NY.. hehehee






Jalan Ceritanya... :


"Saya sanggup selagi saya mampu dan permintaan awak tu tak keterlaluan. Saya tahu saya bukan orang yang awak cintai. Saya tahu awak setuju untuk bersama saya kerana wang. Tapi saya tak kisah semua tu, yang paling penting saya dapat bersama orang yang saya sayangi. Orang yang mampu membahagiakan saya. Orang yang mampu membuatkkan saya ingin hidup beratus-ratus tahun lagi." - Ku Afnan Zakirin


Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu. Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya



Komen NY... :

Masa Mula-mula member NY suggest suruh baca Novel Sengal Gile nie, NY pun memang teruja memandangkan Tajuk dan Colour Kulit Novel nie ala-ala kanak2x ribena gituuuuuuu... 
Pabila bab pertama telah ku selak dan baca, ianya seolah-olah jalan cerita dalam slot akasea di TV3 tueee...
Ala.. jalan cerita org-org korporat tue yang ade harta peninggalan pastu masuk pulak konflik kekeluarga ala-ala ketidakpuasan hati tentang penerimaan harta.. 

Bila masuk bab ke-2 dan ke-3 dengan kemunculan watak seorang gadis terbuang yg miskin lagi comot, maka bermula lah kesengalan jalan cerita pada novel ini..
Percaya atau tidak NY siap boleh gelak guling2x lagi biler baca kisah sengal minat bernama Nurul yang ada hati nak jadi pisau cukur yg berhemat kepada lelaki2x kaya sedangkan tiada apa-apa kelebihan pada wajah beliau tue seperti yang digambarkan Penulis... kikikiii...

Novel nie memang SENGAL GABAN..!!!  Dan ada juga sifat2x murni sesama insan walaupun tidak mempunyai pertalian darah daging yang sebenar. Namun ada juga kisah yang menyanyat hati apabila melibatkan kekejaman  tanpa kewarasan dari hati seorang lelaki yang budiman seperti Ku Afnan.
Dan kebiasaannya, lelaki yang baik terpaksa mengalah dengan keadaan dan akhirnya berputih mata.. huhuhuuu

Tetapi kedapa penggemar Novel, NY memang suggest sesangatlah kalian mendapatkan Novel ini dan jangan lupa kesinabungan novel ini yang bertajuk >> "My Love PlayGirl".. Pehh.. novel nie pun sengal gakk..

Tahniah lah Kpd Novelis > SiTi Nur DhUHA utk penceritaan novel yang sengal ini.. 
I loikeeeeeeeeeeeeeeeee....