my sOuL

my sOuL

Thursday, 21 June 2012

AssAlAmUaLaIkUmmmmm...

Hai semua... Isshh..lama betul sy tak mengomel kat laman sy nie kan...? Rindu sungguh nak menaip lama2x kat laman sy nie...
Sy baru balik dr berkursus di Taiping last week, tue yg lama tak mengomel nie...
Rindu n gatal sungguh jemari ini nak menaip di papan jemari nie...

Selama sy berada di Taiping, sy memang terlalu stress tapi tetap happy sebab di kurniakan ahli kumpulan yg sgt "sekepala" n "gila2x"... so takde lah sy rasa boring sgt ditambah pula dgn perasaan rindu pada anak n suami terchenta... juga rindu pada mak sy yg menjaga anak sy sepanjang ketiadaan sy.
Anda nak tahu.. sy berada di Taiping selama 4Hari 3Mlm..
Bab makan sy tak risau sb nyeeeeeeee..> hehehe standard lah kursus dgn Institusi Badan Berkanun nie mcm Badan2x kerajaan yg lain jugak.. "Mewah makanan:..!!!! tapi masa yg takde nak menikmati makanan free disituuu... (hampeh kan ?? )

Tempat sy berkursus itu dlm kawasan hutan yg dikelilingi pokok buah-buahan terutama buah Durian...
So cuci mata lah kami dgn keindahan  depan mata walau tidak dpt menikmatinya...
Kursus yg sy hadiri ini lebih kpd "Penderaan Emosi n "Memperbaiki sahsiah diri... "
So bukan lah kursus yg selesa seperti dingin di dlm suasana kesejukkan aircond yeaaa...
Ia lebih kepada free aircond...(angin celahan pokok yg semula jadi gituuu)

Jap2x.. sy nak upload pic2x sy n kengkawan sepanjang berada di "Auto Camp PERASA" Ipoh..
(asyik cerita jer tak best lah tanpa selingan gambo iye tak..? )   ;'-p


Ini adalah sebahagian dr ahli kumpulan sy semasa di camp, kami kumpulan >> 4




Lihat wajah2x ahli kumpulan sy... Gilo2x sumer nye kan...? tapi  we all sgt supporting antara 1 n yg lain2x walaupun tak pernah  kenal sebelun ini...
Sy pun tak sangka they all pun bley in dgn perangai sy yg kekadang sengal.. hahahaha...


Masa nie  adalah hari ke-2 berada di sana.. so kerja yg kursus n mempunya markah yg paling byk adalah "Misi Pengembaraan n Kemanusiaan"..  Kami di kehendakki mencari rumah insan terbiar n daif di sebuah kampung yg terpencil dr kawasan perkampung dari Camp kami dan kami tidak dibenarkan menaiki kenderaan yg berbayar utk sampai ke perkampungan tersebut.. jarak perkampungan tersebut diantara camp kami adalah sejauh 30km. So dgn tidak dibekalkan wang saku.. kami mesti mendptkan pertolongan org kampung yg mempunyai kenderaan utk menghantar kami ke perkampungan tmpat kami bakal membuat misi kemanusiaan tersebut...

Memang stress sb terpaksa menahan malu meminta pertolongan kenderaan org kampung dan berlapar juga kehausan di bawah panahan matahari terik di tgh hari.. (huaaaaa.. ;'-( dlm hati merooungg: "makkkk.. nak balikk"..!! ) huhuhuuuu




mamat yg baju merah n pegang galaxy cover merah tue adalah mangsa pertama kami dimana kami telah merayu supaya menumpangkan kami dgn lori buah beliau... walaupun agak keberatan pd awalnya sb takut ditahan JPJ katanya.. tp. kami tetap merayuuu hingga beliau setujuu...


Ini adalah keadaan kami didalam Lori minyak iaitu lori kedua selepas lori buah  yg menumpangkan kami td.. mamat lori buah tue tumpangkan kami separuh jln jer.. so kami terpaksa merayu dgn kenderaan lain utk dptkan ikhsan...


Ini adalah lori ke-3 yg menumpangkan kami.. dan ini dalah lori pasir.. bayangkan mcm maner keadaan kami dlm panas terik dan memanjat lori pasir yg tinggi pula.. Lori pasir nie pun tak hantar kami ke tempat yg sepatutnya kami nak pergi.. sebalinya pemandu tersebut memberhantikan kami 12km dari kawasan perkampungan tersebut....


walaupun tersumbat hidung dgn pasir2x halus yg terdpt diatas lori tersebut tp tetap tersengeh sb aircond 6 hos power.. hahahaha...

Okey... skarang kami berada di perkampungan yg kami memang nak tuju dan ini dalah penduduk kawasan tersebut yg merupakan org pertama yg kami temui utk minta ditunjuukan arah kediaman pemilik rumah naif tersebut.. Kakak yg memakai T-shirt merah n tudung merah tue.. adalah "org kuat UMNO", kata beliau lah... Masa diminta bergambar sama utk kenang-kenangan, kakak tue siap pesan supaya kami semua jgn lupa "add beliau kat FB" .. perrhhh.. dahsyat lah kakak nie.. suri rumah sepenuh masa tuh... anak kecil ada 2 org... sempat FB lagi.. best kan jadi kakak tue... ( hehehe..)



Okey.. dipendekkan cerita.. inilah rupa makcik yg mana kami telah ditugaskan utk memilih sebagai calon kami utk mencurahkan keje amal kebajikan pada tugasan tersebut..
Nama makcik nie..>Pn Zubaidah.. beliau baru kematian Suami tercinta 3minggu lalu...
Ukuran rumah beliau adalah sebesar pondok usang di dusun buah-buahan. Tp still berdindingkan batu lahh.. Beliau mempunyai 2 org anak seorg lelaki n seorang perempuan.. Yang lelaki berusia 30an dan bekerja kilang dikampung tersebut... Anak perempuan beliau tidak bekerja kerana menjaga makcik Zubaidah ini...
Makcik nie sentiasa memakai Lampin pakai buang.  Kaki beliau di masukkan besi dari atas paha ke kepala lutut. Makcik ni hanya menerima wang bantuan dari kebajikkan masyarakat sebanyak RM250 sebulan.

Bayangkan dgn RM250 ini makcik ini gunakan utk rawatan susulan di hospital, duit beli lampin pakai buang juga duit untuk membeli perubatan n pembiayaan tambang pengangkutan ulang-alik ke hospital. Boleh hidup kah kita hanya dengan wang saku sebanyak RM250 sebulan..???

Apa yang mampu kami bagi pada lawatan tersebut hanya punggutan wang yg tak seberapa dr ahli kumpulan sy yg seramai 10 orang dan juga 2 beg plastik buah-buahan yg kami terima dari abg pemandu lori buah yg kami tumpang dlm perjalanan kami ke rumah makcik Zubaidah ini.

Sayu sgt hati kami bila hendak meninggalkan makcik ini dan dari lirikkan mata makcik Zubaidah juga kami dapat rasakan apa yg tersirat dlm hati seorang ibu tunggal yang tak berdaya ini.
Ini yang membuatkan kami insaf dan sedar betapa bertuah nya kami kerana di usia sebegini tapi masih lagi ALLAH kurniakan kami seorang ibu yang sihat juga mampu menjalani kehidupan seharian dgn sempurna jika hendak dibandingkan dgn kehidupan makcik Zubaidah ini.

Mudah-mudahan ALLAH berkati lah kehidupan makcik Zubaidah.. Allah berilah kesenangan yg diberkati buat kehidupan makcik Zubaidah sekeluarga juga semoga ALLAH lindungi kehidupan makcik Zubaidah dr sebarang musibah yang tak tertanggung oleh beliau. Aminn...





Layan lagu ini.. khas buat Pn Zubaidah (Ibu Tunggal Di Taiping Perak)

No comments:

Post a Comment