my sOuL

my sOuL

Friday, 20 July 2012

Jom amalkan bersama...


Salam Semua... Hai... lama jugak rasanya NY tak update entry ini.. Rindu la pulakk nak ngomel sendiri...
Okey lah menjelang Bulan Ramadhan Al-Mubarak yg Mulia nie.. NY nak share "Amalan" yg segt berguna kalau kita amalkan sambil duduk2x ke sambil baring2x ker n lagi berkat n bagus diamalkan sambil2x duduk diantara 2 sujud setelah Salam terakhir diatas sejadah.. (errmm.. 1 lagi.. sambil tgk2x belog pun sesuai jugak duk amalkan amalan2x ini..)



                                 

Bismillahirohmannirahim..

Asmaa Ul Husna

"Bahawasanya ALLAH SWT mempunyai 99 nama. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dlm "syurga"  (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

1- Yaa Allah:
ALLAH, Lafzhul Jalalah, nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian.  Zikirkan sebyk 5000x dengan khusyuk, tertib, kebersihan rohani untuk dekat  pada Allah setiap hari.

2- Yaa Rahman:  Maha Pemurah / Pengasih
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebyk 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat2x pelupa & gugup akan hilang dgn izin ALLAH.

3- Yaa Rahim:  Maha Penyayang
Dizikirkan sbyk 100 setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita juga menjadikan kita seorang yg Penyayang.

4- Yaa Malik : Maha Memerhati / Yang Maha Merajai
Dizikirkan sebyk 121x setiap pagi / setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendtgkan berkat & kekayaan yg diredhai ALLAH juga kita dihargai org secara wajar & hidup kita berkecukupan.

5- Yaa Quddus:  Yang Maha Suci
Dizikirkan sebyk 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti "sombong , "Iri hati" , "Dengki" dll.

6- Yaa Salam:  Yang Maha Menyelamat
Dizikirkan sebyk 136x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dr segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera. Sekiranya dibacakan kpd org sakit 136x, InsyaAllah sembuh.

7- Yaa Mukmin: Maha Melimpahkan / Pemelihara Keamanan
Dizikirkan sebyk 236x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yg dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam bentuk gangguan yg merosakkan.

8- Yaa Muhaimin: Maha Memelihara / Menjaga
Dizikirkan sebyk 145x sesudah solat fardhu Isyak, InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih. Kita selalu diawasi Allah SWT, maka perlu menyebut asma ini sebyk-byknya.

9- Yaa Aziz:  Yang Maha Mulia
Dizikirkan sebyk 40x sesudah solat subuh, InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10- Yaa Jabbar:  Yang Maha Perkasa
Dizikirkan sebyk 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11- Yaa Mutakabbir:  Yang Maha Megah
Dizikirkan sebyk 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia. Dibaca saat bersama isteri insyaAllah akan dikurniakan anak.

12- Yaa Khaliq:  Yang Maha Pencipta
Dibaca mengikut kemampuan / sebanyak 731x, InsyaAllah yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat tengkap (faham).
Dibacakan sebyk 5000x InsyaAllah akan ditemui barang / keluarga yg hilang.
Dibaca pd malam hari, Allah akan utuskan malaikat beribadah kpd Allah bagi pihaknya.

13- Yaa Baarii: Yang Maha Pembuat / Maha Perancang
Sekiranya kita berada didlm kesukaran / sedang sakit, dibaca sebyk 100x selama 7hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dr penyakit tersebut.

14- Yaa Mushawir: Yang Maha Membentuk
Barangsiapa mengucapkanya  336x atau lebih, InsyaAllah segala perbuatan yg dilakukannya berhasil dengan baik. ( Contoh: Pasangan belum mempunyai anak berpuasalah isteri selama 7hari, suami selama 3hari, tiap kali berbuka, bacalah asma diatas 21x InsyaAllah akan berhasil)

15- Yaa Ghaffaar:  Yang Maha Pengampun
Sambil beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan suci) bacalah zikir ini sebyk 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16- Yaa Qahhar:  Yang Maha Mengusai / Maha Menundukkan
Dizikir menurut kemampuan / sebyk 306x, maka hati kita akan dijaga dr ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang2x yg selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. Atau.. Dizikirkan tiap malam terus menerus membaca mendapat ketenangan batin, bebas dari hidup yang sukar.

17- Yaa Wahhab: Yang Maha Pemberi
Dizikir sebyk 300x setiap hari setelah solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya. 100x setelah solat tahajud 3 / 7 malam berturut-turut InsyaAllah segala kesulitan / kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18- Yaa Razzaq:  Yang Maha Pemberi Rezeki
Dizikir sebanyak-banyaknya / mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yg halal & membawa berkat. Rezeki akan dtg tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19- Yaa Fattah:  Yang Maha Membukakan
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, InsyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat AGAMA & dibukakan hati & fikiran kita agar mudah menghadapi masalah.

20- Yaa Aaliim:  Yang Maha Mengetahui
Zikir asma ini atau "Yaa Aalimul Ghaibi Wasyahaadah" 100x setiap kali selesai solat fardhu / solat Maktubah, InsyaAllah akan dikurniakan ilmu makrifat sempurna.

21- Yaa Qaabidhu: Yang Maha Menggenggam
Dizikirkan sebyk 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22- Yaa Baasithuu: Yang Maha Meluaskan
Zikirkan sebyk 10x setiap selesai solat dhuha, Allah akan kurniakan rezeki yang tak putus-putus dan ditambah ilmunya.  Bagi mereka yg berniaga / mempunyai perusahaan lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dgn memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari (samaada sedang berniaga atau apa sahaja), InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23- Yaa Khaa'fidh:  Yang Maha Menjatuhkan
Dizikirkan sebyak 500x setiap hari, dlm keadaan suzi, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24- Yaa Raafii:  Yang Maha Meninggikan
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebyk 70x, InsyaAllah keselamatan harta benda dirumah, di kedai atau ditempat-tempat lain akan selamat & terhindar dr kecurian. Dizikir sebyk 100x setiap hari, menggikan mertabat dan kehidupan berhasil.

25- Yaa Mu'izz:  Yang Maha Memuliakan / Pemberi Kemuliaan
Dizikir sebyk 140x setiap hari, InsyaAllah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan / dalam perniagaan.

26- Yaa Muzil: Yang Maha Merendahkan / Maha Menghinakan
Perbanyakkan zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar utk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali. Dizikirkan sebyk 75x terus menerus, InsyaAllah akan mendapat perlindunganNya dari perbuatan jahat.

27- Yaa Samii:  Yang Maha Mendengar
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih2x lagi sesudah solat Dhuha, InsyaAllah dia akan mustajab. @  Dizikirkan 100x setiap hari khamis setelah sselesai solat Zuhur tanpa setahu orang lain, akan termakbul permohonannya.

28- Yaa Bashiir:  Yang Maha Melihat
Dizikirkan sebyk 100x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29- Yaa Hakam: Yang Maha Menghukum
Dizikirkan sebyk 68x pd tengah mlm dlm keadaan suci, InsyaAllah dpt membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2x agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2x agama.

30- Yaa Adllu:  Yang Maha Adil
Dizikirkan sebyk 104x selesai solat 5 waktu, InsyaAllah akan dikurniakan sifat adil dan diperlukan mengadili orang lain.

31- Yaa Lathiif:  Yang Maha Halus
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualanya menjadi laris & maju.

32- Yaa Khabiir: Yang Maha Waspada
Perbanyakkan zikir ini  setiap hari, terkandung faedah yg teramat banyak sekali sesuai dgn maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dpt bertemu dgn teman atau anak yg telah terpisah sekian lama.

33- Yaa Haliim: Yang Maha Penyantun
Dizikirkan sebyk 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yg mempunyai kedudukan didlm pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak  akan dicabar / diungkit-ungkit atau tergugat. Dan juga dizikirkan sebanyak-banyaknya, setiap selesai solat fardhu maka akan terhindar dari bencana alam & kukuh kedudukannya.

34- Yaa  Aziim: Yang Maha Agung
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari utk orang yg sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35- Yaa Ghafuur:  Yang Maha Pengampun
Bagi orang yg bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dgn mengakui dosa2x & beriktikad utk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36- Yaa Syakuur: Yang Maha Menghargai
Dizikir sebyk 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kpd Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan hajat yg penting & terdesak.

37- Yaa Aliyy: Yang Maha Tinggi Martabat
Untuk mencerdaskan otak anak kita yg bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110x dlm bahasa Arab lalu direndam pd air yg dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.

38- Yaa Kabiir: Yang Maha Besar
Dizikir sebyk 100x setiap hari, akan dpt penghormatan org lain.  Bagi seseorg yg kedudukkannya telah dirampas / dilucutkan gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebyk 1000x selama 7hari berturut-turut dalam keadaan suzi sebagai pengaduan kpd Allah. Lakukanlah sesudah solat malam ( solat tahajud @ solat hajat)

39- Yaa Hafiiz:  Yang Maha Memelihara
Dizikir sebyk 99x , InsyaAllah diri kita akan terlindung dr gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada didlm hutan tebal.

40- Yaa Muqiit:  Yang Maha Memenuhi Keperluan
Sekiranya kita berada didlm kelaparan spt ketika sesat di dlm hutan atau di mana sahaja sehingga sukar utk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41- Yaa Hasiib:  Yang Maha Mencukupkan
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42- Yaa Jaliil: Yang Maha Tinggi
Zikirkan sebyk 73x setiap hari, pagi, petang dan tengah malam, InsyaAllah akan mengalami perubahan baik dlm kehidupan peribadi. Barangsiapa mengamalkan zikir ini pd sepertiga mlm yg terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yg mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukkan kita kan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43- Yaa Kariim:  Yang Maha Mulia
Untuk mencapai darjat yg tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini senyk 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yg mengamalkan zikir ini.

44- Yaa Raqiib: Yang Maha Mengawasi
Bagi meminta pertolongan kpd ALLAH terhadap penjagaan brg yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dgn niat agar brg2x yg dikhuatirkan yg berada di tempat yg jauh & sukar dijaga terhindar dr sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakal & yakinlah kpd Allah. InsyaAllah..

45- Yaa Mujiib: Yang Maha Memperkenankan
Zikirkan 55x setelah selesai solat Subuh, InsyaAllah akan dimakbulkan permohonan kita.

46- Yaa Waasi: Yang Maha Luas
Zikirkan sebyk 128x setiap hari akan dianugerahkan Allah kehidupan yg cukup serta jalan keluar dari kesempitan hidup. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47- Yaa Hakiim: Yang Maha Bijaksana
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yg memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didlm menghafal & mengikut pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48- Yaa Waduud: Yang Maha Mengasihi
Amalkan zikir ini sebanyak 11000x pada setiap malam, InsyaAllah kita akan menjadi insan yg sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49- Yaa Majiid: Yang Maha Mulia
Untuk ketenteraman keluarga dimana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.

50- Yaa Baa'its:  Yang Maha Membangkitkan
Zikirkan sebanyak 100x sambil meletakkan tangan di dada yg  khusyuk dan rendah hati, maka Allah akan berikan terang hati & ilmu hikmah.

51- Yaa Syahiid: Yang Maha Menyaksikan
Apabila ada dikalangan anggota keluarga kita yg suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52- Yaa Haq: Yang Maha Benar
Zikirkan sebanyak-banyaknya, InsyaAllah ianya sgt berfaedah sekali utk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53- Yaa Wakiil:  Yang Maha Mewakili
Sekiranya terjadi hujan yg disertai ribut kuat / terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali spt sediakala.

54- Yaa Qawiy:  Maha Memiliki Kekuatan
i- Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dgn sebarang keadaan mahupun berdepan dgn si zalim
ii- Dalam keadaan lemah jasmani dan rohani, bila membaca "Yaa Qawwiyyu Yaa Matiin" sebanyak 1000x setiap mlm, kita akan kembali kuat.

55- Yaa Matiin: Yang Maha Kukuh
Fadhilat memebaca sama dengan zikir Yaa Qawiy

56- Yaa Waliy: Yang Maha Melindungi
Barangsiapa yg menjawat sebarang jawatan atau kedudukkan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebyk mungkin kerana dgn izinNya, kedudukkan kita akan kukuh & terhindar dr sebarang gangguan oleh orang2x yg bersifat dengki.

57- Yaa Hamiid: Yang Maha Terpuji
Zikirkan sebanyak 93x selama 45 hari, InsyaAllah segala tabiat buruk akan menjadi elok.
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yg paling berhak menerima segala pujian.

58- Yaa Muhshiy: Yang Maha Menghitung
Zikirkan asma ini berulang-ulang Allah SWT akan permudahkan kita pada hari perhitungan (Kiamat).

59- Yaa Mubdiu: Yang Maha Memulia
Zikirkan sebanyak 470x setiap hari, InsyaAllah segala apa yg kita rancangkan akan berhasil.

60- Yaa Mu'id: Yang Maha Mengembalikan
Andai ada anggota keluarga yg menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat, Insyallah dipertunjukkan akan hasilnya.

61- Yaa Muhyii:  Yang Maha Menghidupkan
Zikirkan sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62- Yaa Mumiit: Yang Maha Mematikan
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didlm perniagaan, berpolitik dan sebagainya. Juga barangsiapa yg tiada daya melawan nafsunya, zikirlah asma ini sebelum tidur maka Allah SWT akan memberinya kekuatan utk mengawal diri.

63- Yaa Hayyu:  Maha Menghidupkan
Sentiasa zikir asma ini, Allah SWT akan memberi kesihatan yg baik, memelihara iman dari sifat musyrik dan munafik. Juga untuk mencapai kekuatan mental / batiniah didlm menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64- Yaa Qayyuum: Maha Berdiri Dengan Sendiri
Zikir sebanyak-banyaknya, maka akan mendapat penghormatan di kalangan insan. Jika berzikir sendirian akan dikurniakan kekayaan, InsyaAllah..

65- Yaa Waajid: Maha Memperolehi
Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66- Yaa Maajid: Maha Memiliki Kemuliaan
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendakklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67- Yaa Waahid: Yang Maha Esa
Bagi pasangan yg belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin utk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah

68- Yaa Somad: Yang Maha Diperlukan
Ketika dlm kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, InsyaAllah diri akan berasa segar & sentiasa.

69- Yaa Qaadir: Yang Maha Kuasa
Apabila kita bercita-cita atau berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil.

70- Yaa Muqtadir: Yang Maha Menentukan
Zikirkan sebanyak 20x setiap kali bangun dari tidur, Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan dan kerjanya.

71- Yaa Muqaddim:  Yang Maha Mendahulukan
Menurut Imam Ahmad Bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata: Barangsiapa yg berzikir dgn zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah nescaya segala usahanya akan berhasil.

72- Yaa Muahkhir: Yang Maha Mengemudiankan
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kpd ALLAH, perbanyakkan lah zikir ini.


73- Yaa Awwal: Yang Maha Awal
Zikirkan sebanyak 40x asma ini selama 40 hari, InsyaAllah akan dikurniakan anak lelaki.
1000x selama 40 hari Jumaat akan mendapat lemudahan hidup.
Zikirkan sebanyak 37x setiap hari, InsyaAllah segala yg dihajati akan diperkenanakanNya.

74- Yaa Aakhir: Yang Maha Akhir
Amalkan berzikir sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yg halal dan jika membiasakan diri dengan berzikir asma ini tanpa henti (semampu-mampunya), dibaikkan hidup dan matinya.

75-  Yaa Dhaahir: Yang Maha Nyata
Amalkan zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat waktu di tempat yg sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yg pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76- Yaa Baathinu: Maha Tersembunyi
Zikirkan sebanyak 300x setiap selesai solat 5 waktu, Allah SWT akan bukakan baginya kebenaran sejati.

77- Yaa Waaliy: Maha Menguasai
Zikirkan sebanyak 10,000x di siang hari & 10,000x di malam hari, Allah SWT akan buka pintu makrifat.

78- Yaa Muta'aaliy:  Yang Maha Tinggi (Suci)
Sekiranya kita akan berjumpa dgn mereka yg berkedudukan tinggi atau mereka yg sukar utk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap, InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat penting2x akan berhasil.

79- Yaa Bar: Yang Maha Baik
Baca 7x dan tiupkan pada anak yg baru lahir, Allah akan melindungi anak tersebut dari bahaya sehingga dia akil-baligh.

80- Yaa Tawwaab:  Yang Maha Menerima Taubat
Bagi orang yg selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah mem[erbanyakkan zikir ini supaya dgn mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yg lurus.

81- Yaa Muntaqim: Yang Maha Memberi Balasan
Zikirkan sebanyak 690x selesai solat 5 waktu atau 6900x di waktu malam, akan dapat pertolongan mengalahkan musuh.

82- Yaa Afuww:  Yang Maha Pemberi Maaf
Allah akan mengampunkan mereka yang menyebut asma ini sebanyak-banyaknya.

83- Yaa Rauuf: Yang Maha Mengasihi
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yg memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samaada pd waktu siang mahupun malam.

84- Yaa Maalikul Mulki:  Yang Maha Memiliki Kerajaan
Seseorang pengarah atau ketua yg ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pd setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85- Yaa Zul Jalaali Wal Ikraam:  Maha Memiliki Keagungan dan Kemulian
Zikirkan sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan, Allah kabulkan maksud dan memberi kekayaan.

86- Yaa Muqsith:  Yang Maha Mengadili
Zikirkan 700x asma ini dgn niat. InsyaAllah niat itu akan termakbul.

87- Yaa Jaami:  Yang Maha Menghimpunkan
Dengan perbanyak kan zikir ini InsyaAllah barang yg hilang akan ketemui kembali, ahli keluarga yg lari dr rumah akan pulang dalam jangka waktu yg singkat.

88- Yaa Ghaniy:  Yang Maha Kaya
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yg kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yg kita perolehi  itu akan mendapat berkat.

89- Yaa Mughniy:  Maha Memberi Kekayaan
Zikir sebanyak - banyaknya selama 40 hari, Allah memudahkan rezeki kita.

90- Yaa Maani:  Yang Maha Mencegah
Zikirkan sebanyak 164x sebelum solat subuh, Allah SWT memberikan kehidupan kekeluargaan yg baik dan terhindar dari kezaliman.

91- Yaa Dhaar:  Yang Maha Mendatangkan Kemudaratan
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita utk menyembuhkan sesuatu penyakit yg mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x setiap hari, InsyaAllah dgn ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92- Yaa Naafi:  Yang Maha Memberi Manfaat
Zikir sebanyaknya akan lenyap dukacita, menyempurnakan penyakit dan menghindar dari bencana.

93- Yaa Nuur:  Yang Maha Bercahaya
Zikirkan sebanyak 1001x selepas membaca Surah An Nur, hatinya akan diterangi dgn nur / cahaya ALLAH, insyaAllah.

94- Yaa Haadiy:  Yang Maha Memberi Petunjuk
Bagi sesiapa yg dlm perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dgn memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dr kesesatan tersebut melalui gerak hati nya.

95- Yaa Baadii:  Yang Maha Menciptakan
Zikirkan sebanyak 70x tiap hari terus menerus, akan bebas dari kesulitan. Zikirnya.. >  " Yaa Badii'as Samaawaati Wal Ardh".

96- Yaa Baaqy:  Yang Maha Kekal
Zikirkan sebanyak 100x terus menerus sebelum terbit matahari, akan terhindar dari bencana selama hidup.

97- Yaa Waarits:  Yang Maha Mewarisi
Supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap mlm berzikir  asma ini sebanyak 707x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dgn baik & memberangsangkan.

98- Yaa Rasyiid: Yang Maha Pandai
Walaupun kita tergolong didlm golongan yg cerdas otak, namun biasakan lah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah  cerdas.

99- Yaa Shabuur:  Yang Maha Penyabar
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dlm segala hak, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kpd Allah maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.


Emm... berikutlah diantara kelebihan2x zikir 99 nama ALLAH SWT yang sgt2x berguna  & manfaat kalau kita percaya dan yakin dengan kebesaranNya. Saya sendiri mengakui bahawa 99 nama ALLAH ini sememangnya memberi makna dan manfaat yg mendalam sekiranya kita benar khusyuk melakukannya. Disaat sy menghadapi perselisifaham bersama My Beloved Hubby sy sentiasa  mengamalkan zikir > Yaa Waddud seberapa banyak yg boleh diringi doa2x yg dipetik dr Al-Quran yg boleh menjadi petunjuk dlm kehidupan NY. Hopefully zikir2x ini dapat membantu kesejahteraan umat Islam yg lain terutama di bulan Ramadhan yg Mulia ini..

Sampai ketemu lagi semua..  SeLaMaT bErAmAl..


Emm.. ini ada lagi info tentang kelebihan ayat2x suci ALLAH dalam Al-Quran..
Byk kelebihan dan Kebesaran ayat suci ALLAH ini...
Even NY tak lah pandai mana tapi NY nak share ngan semua friendz kat entry nie... manalah tau ada yg memerlukan saat2x tak terduga kan...? Mcm NY juga.. tak sangka surah2x yg kebiasaan NY gunakan dalam solat fardhu rupa-rupanya lebih  menggunakannya dalam kehidupan seharian..

Ini NY nak share kelebihan surah Al-Fatiha dan amalan2x yg boleh kita amalkan dlm kehidupan sehari-harian..





                       بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ    
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
                                                                                                                            
                               ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ 
                         Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

                                ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

                                                                 مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّين
                                                  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

                                   إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
         Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
                                    ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

           صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ  Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kebaikkan / Kelebihan / Faedah-feadah Surah Al-Fatihah:

Jika diamalkan & dikekalkan dengan membacanya sebanyak 41x diantara selepas solat sunat subuh dengan solat fardhu subuh, InsyaAllah akan:
1- Dinaikkan pangkat jika dihajati sedemikian dengan izin ALLAH SWT.
2- Dimurahkan rezeki sehingga menjadi kaya dengan izin ALLAH SWT.
3- Dilepaskan dari hutang piutang yg banyak.
4- Disembuhkan dari segala penyakit yg susah diubati.
5- Dikuatkan semangat / tenaga jika sebelumnya lemah.
6- Dimuliai & disanjung ketika musafir / berdagang / tetap tercapai cita2x.

Kebaikkan Wirid Al-Fatihah:
Jika membaca Al-Fatihah sebanyak 100x sehari pada setiap selepas sembahyang sebanyak 20x akan:
1- Dibersihkan hatinya
2- Dipermudahkan pekerjaannya
3- Dilepaskan dari duka cita
4- Dijauhkan dari mudarat
5- Diberikan kerajinan & semangat
6- Tidak kecewa
7- Dijauhkan dari hasutan syaitan
8- Diilhamkan kebajikan
9- Diperbaiki kedudukkannya.

Al-Fatihah bagi menyelesaikan segala kerja yang rumit / sulit:

- Bacakan Al-Fatihah sebanyak 41x diwaktu tengah malam, InsyaAllah dimudahkan kerja / urusannya itu.
- Bagi meminta sesuatu HAJAT:
Bacakan Al-Fatihah sebanyak 41xselepas solat Maghrib dan jangan bergerak dari tempat duduknya sehingga selesai bacaan tersebut, Selepas itu bermohonlah pada ALLAH SWT apa2x hajat yang dikehendakki, InsyaAllah diterima oleh ALLAH dengan seberapa segera.

Surah Al-Fatihah sebagai Penerang Hati:

1- Bacakan Al-Fatihah sebanyak 70x sehari.
2- Lakukan sedemikian selama 7 hari berturut-turut.
3- Dibacakan & hembuskan ke dalam air yang berada pada 1 bejana.
4- Berikan minum pada yang bebal. bodoh, gelap hati / kurang cerdas otaknya, InsyaAllah , ALLAH akan bukakan hatinya menjadi lebih cerdik / terang hatinya.

Al-Fatihah untuk dinaikkan Pangkat:
Bacakan Al-Fatihah 41x diantara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh selama 40 haari berturut-turut dengan tiada lebih / kurang, InsyaAllah.. ALLAH SWT akan percepatnya urusan kenaikkan pangkatnya.

Kebaikkan minyak yang dibacakan Al-Fatihah:
Bacakan Al-Fatihah sebanyak 70x ke dalam apa jua minyak dan setelah itu simpanlah. Amat baik bagi mengubati penyakit angin, lumpuh, bagi menguatkan saraf, sakit belakang dan sakit pinggang.

Caranya:
Gosokkan minyak yang telah di baca 70x Al-Fatihah itu ke tempat-tempat yang sakit dengan selawat 3x, InsyaAllah mujarab / beransur sakitnya itu.

Untuk Keselamatan Diri:
                       ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ 
Tuliskan ayat diatas pada kertas & ikatkan ke bahagian lengan kanan, InsyaAllah
terselamat. Manusia tidak akan boleh membunuhnya / mencederakannya dengan izin Allah.

Untuk Disayangi:
             رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Tuliskan  sepotong ayat spt diatas pada mangkuk / pinggan / sebarang bekas  yg berwarna putih (tanpa corak dan material kaca), kemudian bubuhkan minyak wangi dan gosokkan sehingga hilang tulisannya, lalu sapukan / gosokkan ke bahagian muka, InsyaAllah sesiapa yg melihat anda ia akan jatuh kasih.

Untuk menjatuhkan segala bentuk kejahatan:

              ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
 Bacakan ayat tersebut 3x dengan satu nafas dan hembuskan pada muka / ke arah orang yg hendak menganiaya diri kita dengan penuh tekad dan berani, InsyaAllah akan berubah orang itu dengan segera.       

Untuk melepaskan diri dari sesat jalan:

            صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ  
Bacakan ayat tersebut dengan 3x dalam satu nafas sahaja (jangan bercampur dengan ayat lain) , lalu tutupkan mata selama satu saat, kemudian bukakan mata dan berjalanlah InsyaAllah kesesatannya didalam hutan tersebut terselamat.

Untuk melepaskan diri dari kepungan musuh:
              غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ

Ambilkan segenggam tanah dan bacakan didalam hati ayat diatas sebanyak 5x, kemudian taburkan tanah tersebut dihadapan musuh2x itu dan berjalanlah, InsyaAllah degelapkan oleh Allah akan mata mereka, supaya tidak dapat melihat & mendengar akan dirimu buat seketika.


Berikut diatas merupakan kelebihan2x / manfaat juga kebesaran ayat suci ALLAH terutama ketua segala surah iaitu surah Al-Fatihah. Jadikan lah surah ini sebagai pendinding diri dan juga iman kita selagi hayat ada...





 Jom kitew hayati kelebihan Surah Al-Ikhlaas..

                                   بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                       
 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
                   قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١
                  
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1)
                            
                (  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢
                
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2)
                             
               لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣

  Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3)
                              
           ( وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤
                                          
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.  (4)

Kebaikkan / Kelebihan / Kegunaan Surah Al-Ikhlaas  sangat patut diamalkan:

1) Sekiranya Diamalkan membacanya dengan hati yang IKHLAS, InsyaAllah akan dilepaskan kesusahan2x duniawi,  dimudahkan dalam gelombang "SAKARATULMAUT" , dihindarkan dari "KEGELAPAN KUBUR" dan "KENGERIAN HARI KIAMAT".

2) Sekiranya kamu membaca surah ini seperti berzikir dgn selebih-lebihnya sama seperti khatam 30 juzuk Al-Quran (sekiranya bacaan itu lebih dari 6x sehari ).

3) Membaca surah ini sebanyak 11x  sesudah solat subuh MAKA "syaitan tidak akan menggodanya untuk  membuat DOSA, meskipun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya pada hari itu.

4) Sekiranya membaca surah ini sebanyak 30x, maka ALLAH SWT  akan menulis "BARAKAH" selamat dari "api neraka"  dan "aman dari azab hari kiamat".

5) Sekiranya kamu dalam kesusahan / kesukaran dan ingin meminta pertolongan dari ALLAH supaya dimakbulkan dgn seberapa segera, bacalah surah ini ayat 1 & 2 selepas habis ayat:  
 ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ  , maka teruslah berdoa/ terlintaslah dalam hati hajat / niat pertolongan yg diingini dgn tidak melebihi 5 saat kemudian sambunglah ayat seterusnya iaitu ayat 3 hingga 4.
(Ulang  bacaan berikut sebanyak yg boleh terutama diwaktu dinihari dgn penuh khusyuk, InsyaAllah segala permintaan terlerai dgn seberapa segera.)
Antara doa2x / permintaan2x yg dihayati dgn surah ini:
i) Memohon keberkekalan kasih-syg suami-isteri terhadap rumahtangga.
ii) Memohon semoga diberi rezeki yg melimpah-ruah.
iii) Memohon menjadikan zuriat2x kita supaya menjadi anak yg soleh & solehah juga supaya menjadi anak yg cerdik pandai.
iv) Memohon keharmonian dalam rumahtangga juga keberkekalan kasih-syg sesama ahli keluarga yg lain.
dll.


SURAH AL-KAUTSAR

"Rahsia Surah AL-KAUTSAR"

Surah ini paling pendek, hanya ada 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud "Sungai di syurga". Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

> Pelbagai khasiat terkandung didalam surah  ini dan boleh kita amalkan:- (Alaa.. pendek jer kan.. so pejam mata pun boleh hafal ala2x zikir gituuuu.. jom.. jom.. kitew tengok khasiat surat ini)

1) Baca surah ini ketika HUJAN dan BERDOA, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaALLAH hilang dahaga.

3) Jika sering "SAKIT MATA" seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena "SIHIR", baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya, 1000x rezeki kita akan bertambah (tetapi mesti yakin)

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


FADILAT SELAWAT

Waktu Afdal Berselawat
Masa paling afdal dituntut berselawat:
1.       Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
2.       Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3.       Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4.       Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5.       Di akhir qunut dalam solat.
6.       Di dalam solat jenazah.
7.       Di antara takbir solat hari raya.
8.      Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9.       Setiap waktu pagi dan petang.
10.   Hari Khamis malam Jumaat,
11.    Sepanjang hari Jumaat,
12.    Ketika telinga berdesing.
13.    Ketika terlupa sesuatu perkara.
14.    Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15.    Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
16.    Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
17.    Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18 . Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW

Fadilat Berselawat
1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
13 . Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim



Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:

1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
2.  Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak




Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
1. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
2. Menjadi zakat dan pembersih diri.
3. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
4. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
5.  Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
6. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
7. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
8.  Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat



Jenis-Jenis Selawat


Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1)  Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjiyah
4) Selawat Ummi
5)  Selawat Fatih
6)  Selawat Syifa’.
7)  Selawat Syafaat.
8)  Selawat Badriyah
9)   Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya




No comments:

Post a Comment